JOM CERIAKAN MEREKA DENGAN  INFAK PERBELANJAAN KEPERLUAN MAKANAN & MINUMAN UNTUK ANAK-ANAK  TAHFIZ RIBATH AL FATEH SEMPENA AIDIFITRI YANG MULIA INI


Pelajar terpaksa berkongsi 5 orang dengan seekor ikan sebagai juadah utama seharian

Semakin Aidilfitri mendekat, suasana semakin meriah dan ceria bagi kebanyakan dari kita. Namun tidak begitu perasaannya bagi pelajar kami yang ada sebahagian daripadanya tidak berkemampuan dan asnaf. Semakin hari raya mendekat, semakin anak-anak lain merasa gembira dapat bersuka ria bersama keluarga, perasaan mereka jadi semakin pilu dan hibah

Kedatangan 1 Syawal amat dinantikan kerana ini merupakan hari kemenangan kepada umat Islam selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan,bulan yang mendidil diri untuk menjadi lebih baik dan menambahkan ketakwaan umat Islam

Keadaan ekonomi yang tidak stabil sangat memberi impak kepada kepada kami untuk terus bertahan dalam melahirkan pelajar tahfiz al quran termasuklah kami di Madrasah Tahfiz Ribath Al-Fateh yang terletak di Rasah Kemayan,Seremban yang turut terkena tempias dengan kenaikan harga barang yang begitu mendadak. Dengan berlakunya masalah ini telah membuatkan kami dalam keadaan dilema samada ingin menaikkan harga yuran pelajar. Hal ini kerana, ada diantara pelajar dari kalangan tidak berkemampuan & asnaf kami taja sepenuhnya dengan harapan dapat melihat mereka turut berjaya menggapai impian untuk menjadi tahfiz Al Quran yang berjaya. Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan ibu bapa membuat penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka sehingga hari ini (2024). Dengan keadaan ekonomi sekarang, sedikit sukar untuk kami menyediakan keperluan pelajar disini tambahan pula di Aidilfitri  yang mulia ini

Pada masa ini, Madrasah Tahfiz Ribath Al-Fateh yang terletak di Rasah Kemayan,Seremban menampung seramai 15 orang pelajar, diiringi oleh 2 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beberapa pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 8 bulan sahaja! Mashallah



JOM CERIAKAN PELAJAR HAFIZ QURAN SEMPENA AIDILFITRI YANG MULIA INI.

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:

TAJA SEMUA 15 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM300

TAJA 10 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM150

TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75

TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30

InshaAllah, saya mendoakan agar usaha tuan puan membantu keberlangsungan pembelajaran pelajar kami ini akan dibalas dengan bantuan Allah yang tiada tandingan di muka bumi serta di akhirat kelak.

RIBATH AL FATEH ENTERPRISE

MAYBANK

5551 7156 3263

Madrasah Tahfiz Ribath Al Fateh | No.8, JLN RK4/11, RASAH KEMAYAN, SEREMBAN 2, 70300 | 0136722581 Ustaz Ikram (Pengetua)

Disclaimer:

Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti program wakaf, barang keperluan pelajar dan sebagainya

Penafian: 

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway toyyibpay,  cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi   +60136722581  Ustaz Ikram  

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAQ/SUMBANGAN (RM300)
INFAQ/SUMBANGAN (RM150)
INFAQ/SUMBANGAN (RM75)
INFAQ/SUMBANGAN (RM30)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN