Bantu Anak-Anak Tahfiz Ribath Al-Fateh... Tak Lama Lagi Nak Masuk Bulan Ramadhan
 

Ramadhan hampir tiba, namun di sebalik persiapan menyambut bulan penuh rahmat ini, Tahfiz Ribath Al-Fateh masih bergelut dengan kekangan kewangan.

Anak-anak tahfiz di sini yang dari kalangan anak yatim dan asnaf yang kami tanggung sepenuhnya, berusaha keras menggapai impian menjadi hafiz Al-Quran. Namun, cabaran menyediakan makanan, minuman, dan keperluan harian mereka semakin menghimpit. Jika dahulu kami mampu menanggung segalanya, kini bantuan anda amat kami perlukan.


Kenaikan harga barang sangat memberi impak kepada kepada kami untuk terus bertahan dalam melahirkan pelajar tahfiz al quran termasuklah kami di Madrasah Tahfiz Ribath Al Fateh yang terletak di Rasah Kemayan, Seremban. Dengan keadaan ekonomi sekarang, sedikit sukar untuk kami menyediakan keperluan pelajar disini. Pada masa ini, Madrasah Tahfiz Ribath Al-Fateh yang terletak di Rasah Kemayan,Seremban menampung seramai 15 orang pelajar, diiringi oleh 2 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beberapa pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 8 bulan sahaja! Mashallah


Mari bersama-sama ringankan beban ini. Setiap sumbangan anda, walau kecil, adalah sinar harapan untuk mereka terus menghafal Kalamullah dan melangkah menuju cita-cita.

Jom gandakan pahala dengan membantu anak-anak ini menyambut Ramadhan penuh keberkatan. Moga amal anda menjadi bekalan untuk bertemu Ramadhan dan menggapai redha Ilahi. ????

Sumbangan anda amat bermakna!

BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:

TAJA SEMUA 15 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM300

TAJA 10 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM150

TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75

TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30

Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.

RIBATH AL FATEH ENTERPRISE

MAYBANK

5551 7156 3263

Madrasah Tahfiz Ribath Al Fateh | No.8, JLN RK4/11, RASAH KEMAYAN, SEREMBAN 2, 70300 | 0136722581 Ustaz Ikram (Pengetua)

Disclaimer:

Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti program wakaf, barang keperluan pelajar dan sebagainya

Penafian: 

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway toyyibpay,  cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi   +60136722581  Ustaz Ikram  

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAQ/SUMBANGAN (RM300)
INFAQ/SUMBANGAN (RM150)
INFAQ/SUMBANGAN (RM75)
INFAQ/SUMBANGAN (RM30)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN