RAMADHAN SEMAKIN HAMPIR – MEREKA TAKUT BERBUKA HANYA DENGAN BISKUT LAGI… ????



Tahun lalu, pelajar di Madrasah Tahfiz Ribath Al-Fateh pernah berbuka puasa hanya dengan biskut kering dan air kosong. Bukan kerana mereka memilih, tapi kerana itu sahaja yang ada...

Bayangkan anak-anak kita di meja makan, menunggu hidangan berbuka, tetapi hanya ada sekeping biskut di hadapan mereka… 

Ramadhan ini, mereka sangat berharap keajaiban terjadi – agar tidak ada lagi yang berbuka dalam kelaparan…

Jadilah penyebab Ramadhan mereka lebih bermakna!
Dengan RM15, RM50, atau RM100, anda boleh membantu menyediakan

✅ Hidangan berbuka & sahur
✅ Keperluan ibadah (telekung, sejadah, Al-Quran)
✅ Bantuan harian untuk pelajar tahfiz

Sedekah anda, pahala berlipat ganda di bulan mulia!

- Ayuh jadi penyebab doa mereka dimakbulkan!
- Dengan serendah RM15, anda boleh menaja juadah berbuka puasa buat mereka.


Sumbangan Anda, Rezeki Berbuka Untuk Mereka!

Pada masa ini, Madrasah Tahfiz Ribath Al-Fateh yang terletak di Rasah Kemayan,Seremban menampung seramai 15 orang pelajar, diiringi oleh 2 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beberapa pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 8 bulan sahaja! Mashallah

Ayuh Tuan/Puan kita pastikan diri ini tidak terlepas peluang membina saham akhirat yang luar biasa ini dengan kita menjadi salah seorang penginfaq/berwakaf bagi memastikan pelajar dapat menuntut ilmu disini dalam keadaan selesa dan selamat.. insya Allah semua amal kebaikan yg dilakukan di rumah Allah yang mulia ini pasti ada saham buat kita.


Semoga setiap suapan yang mereka nikmati, menjadi asbab rezeki dan pahala mengalir buat anda di dunia & akhirat.


RIBATH AL FATEH ENTERPRISE

MAYBANK

5551 7156 3263

Madrasah Tahfiz Ribath Al Fateh | No.8, JLN RK4/11, RASAH KEMAYAN, SEREMBAN 2, 70300 | 0136722581 Ustaz Ikram (Pengetua)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TAJA SEMUA PELAJAR IFTAR RAMADHAN - RM300
TAJA 10 x PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM150
TAJA 5 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM75
TAJA 2 x PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM30
TAJA 1 x PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM15
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG