
Di sebalik ketenangan wajah mereka, ada kisah perjuangan yang jarang didengar. Setiap hari, para pelajar di Ribath Al Fateh berusaha menghafal ayat-ayat suci Al-Quran dengan penuh dedikasi. Namun, di sebalik semangat mereka, ada satu ujian besar yang mereka hadapi – kelaparan dan serba kekurangan.
Hidup dalam Kekurangan, Tapi Tetap Berjuang
Di Madrasah Ribath Al Fateh ini, ramai pelajar datang dari latar belakang yang susah. Makanan yang tersedia tidak menentu, kadang kala mereka hanya dapat menjamah biskut sahaja untuk mengalas perut. Namun, mereka tetap teguh, tidak mengeluh, dan terus menyemai cinta kepada Al-Quran.
Bayangkan bagaimana mereka menghafal dalam keadaan perut kosong, menahan lapar demi menuntut ilmu agama. Sesuatu yang mungkin sukar bagi kita, tetapi bagi mereka, ini adalah sebahagian daripada perjuangan.
Pada masa ini, Madarasah Tahfiz Ribath Al-Fateh yang terletak di Rasah Kemayan, Seremban menampung seramai 15 orang pelajar, diiringi oleh 2 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk menghafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beberapa pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al quran.
Kita mungkin tidak dapat bersama mereka di madrasah, tetapi kita boleh menjadi asbab kepada rezeki mereka. Dengan sedikit sumbangan, kita mampu menyediakan makanan, keperluan asas, dan kemudahan yang lebih selesa untuk mereka meneruskan hafalan.
Dengan infaq sumbangan, anda sudah boleh:
✅Menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka dalam menghafal Al-Quran
Jangan biarkan mereka terus kelaparan. Setiap rezeki yang kita beri akan menjadi pahala berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." (HR Ahmad)
Hulurkan Bantuan Anda Sekarang :
RIBATH AL FATEH ENTERPRISE
MAYBANK
5551 7156 3263
LOKASI KAMI : Madrasah Tahfiz Ribath Al Fateh | No.8, JLN RK4/11, RASAH KEMAYAN, SEREMBAN 2, 70300 0136722581 Ustaz Ikram (Pengetua)
Semoga setiap rezeki yang anda hulurkan menjadi saham akhirat dan keberkatan dalam hidup anda
Disclaimer:
Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti program wakaf, barang keperluan pelajar dan sebagainya
Penafian: