
Kami di Madrasah Tahfiz Ribath Al-Fateh, Rasah Kemayan, Seremban turut merasai kesan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Antara pelajar di sini ada yang kami tanggung sepenuhnya kerana mereka anak yatim atau daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Ada juga ibu bapa yang terpaksa menangguhkan bayaran yuran sehingga ke hari ini.
Oleh sebab kesan-kesan yang berlaku ini, kami hampir-hampir menangguh madrasah secara keseluruhan. Namun, kami kasihankan para pelajar yang bakal kehilangan sekolah dan guru –guru yang bakal kehilangan tempat kerja.

Ayuh Tuan/Puan kita pastikan diri ini tidak terlepas peluang membina saham akhirat yang luar biasa ini dengan kita menjadi salah seorang penginfaq/berwakaf bagi memastikan pelajar dapat menuntut ilmu disini dalam keadaan selesa dan selamat.. insya Allah semua amal kebaikan yg dilakukan di rumah Allah yang mulia ini pasti ada saham buat kita
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:
TAJA SEMUA 15 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM300
TAJA 10 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM150
TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75
TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30
TAJA 1 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM15
Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafizah Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.
InshaAllah, saya mendoakan agar usaha tuan puan membantu keberlangsungan pembelajaran pelajar kami ini akan dibalas dengan bantuan Allah yang tiada tandingan di muka bumi serta di akhirat kelak.
RIBATH AL FATEH ENTERPRISE
MAYBANK
5551 7156 3263
Madrasah Tahfiz Ribath Al Fateh | No.8, JLN RK4/11, RASAH KEMAYAN, SEREMBAN 2, 70300 | 0136722581 Ustaz Ikram (Pengetua)
Disclaimer:
Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti program wakaf, barang keperluan pelajar dan sebagainya
Penafian: